Sebelum Ajal Menjemput

Posted on

Kata Ulama, apabila ALLAH tidak mengkehendaki kita lagi :
.
• ALLAH akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• ALLAH akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• ALLAH akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• ALLAH akan sibukkan kita dengan harta.
• ALLAH akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
.
√ Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah
pergi terlebih dahulu menemui ALLAH SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka
memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
.
√ Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah ALLAH dan beribadat kepada ALLAH SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat
dari dunia ini telah ditentukan oleh ALLAH SWT.
.
√ Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kendaraan mewah dan
rumah besar.
.
√ Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
.
√ Kita cemburu melihat orang lain tukar mobil baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran
sebulan 2 kali.
.
√ Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
.
√ Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk sebaik baik mungkin urusan dunia tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh ALLAH SWT semakin dekat.
.
√ Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
.
√ Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar ALLAH itu benar, syurga dan neraka itu benar.

بَارَكَ اللهُ فِيْك