logo blog alam islam

Inilah Empat Film Inspirasi Guru Terbaik yang Harus Kalian Tonton

Inilah empat film inspirasi terbaik bagi guru yang layak ditonton.
Film Inspirasi Guru 

Alam Islam - Saya tak pernah bercita-cita menjadi seorang guru.

Tak pernah! Sebab saya adalah pembenci dan tak suka dengan guru.

Guru pertama yang mengatakan saya bodoh dan lebih baik tak payah belajar.

Guru kedua yang baling buku ke tong sampah kerana tak pernah jumpa pelajar yang dungu macam saya.

Guru ketiga yang mengajar tapi bila saya tak faham, saya tanya dia akan pandang 5 saat kemudian jawab soalan murid lain.

Ya, benar-benar sakit kenangan lalu membuatkan saya cukup benci dengan seorang guru.

Namun, hari ini Allah takdirkan saya menjadi seorang guru. Mengajar dan mendidik anak bangsa melalui pendidikan seni muzik.

Dari satu ke satu, dari dua ke dua dan seterusnya. Hinggalah saya mengajar di segenap ruang dan peluang. Pernah mengajar Sekolah Islam Phuket, Thailand. Bayangkan saya tak faham bahasa mereka, mereka tak faham bahasa saya. Mengajar di Indonesia yang kalau sebut lain fahamnya lain. Yang mengajar anak bangsa sendiri semuanya dari pelajar yang bermasalah dan kalau masuk kelas kena tendang pintu dulu.

Dan, melalui 4 filem ini saya faham dan mengerti bahawa menjadi guru bukan sahaja mengajar. Tapi mendidik.

Mengajar semua mampu.

Namun mendidik, itu lebih dari segala yang seorang guru tahu.

Mendidik ni, bukan sahaja dalam kelas malah sehingga lah diluar kelas saja.




Hichki, seorang guru yang menjadikan kelemahan sebagai kekuatan dan akhirnya menjadi seorang guru besar yang hebat.



Big Brother, seorang guru dari bekas ahli tentera. Yang mencari erti hidup dan menemuinya dalam memberikan hidupnya pada anak murid dan ibu bapa murid itu.



Teachers Diary, mengajar bukan dengan buku. Tapi melalui hidup dan ujian yang di lalui.



Silenced, yang berjuang untuk hak muridnya walau dirinya terkorban. Melawan kebatilan demi kebenaran. Yang benar nyata sangat berjiwa dalam membina masa depan muridnya.

Selain Hantu kak limah 32.5 juta, jangan lupa. Filem ini lebih bernilai dari sekadar kutipan.

Nilainya pada airmata dan jiwa yang akan dihidupkan saat kalian menontonnya.


Penulis: Abu Hurairah Asifa

Comments
0 Comments


EmoticonEmoticon